BISMILLAH (Dengan
nama Allah)
Barangsiapa membaca
sebanyak 21 kali ketika
hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan
dan gangguan syaitan,
dari bencana manusia
dan jin, daripada
kecurian dan kebakaran,
dan daripada kematian
terkejut. Dan
barangsiapa membaca
sebanyak 50 kali
diahadapan orang yang
zalim, hinalah dan
masuk ketakutan
dalam hati si zalim
serta naiklah keberanian
dan kehebatan kepada
pembaca.
SURAH AL-FATIHAH
(Pembukaan)
Barangsiapa
membacanya sebanyak
41 kali diantara
sembahyang sunatnya,
nescaya permintaannya
di perkenankan, jika
sakit lekas sembuh dan
nescaya dikasihi oleh
makhluk dan ditakuti
oleh musuh.
Barangsiapa membaca
20 kali sesudah tiap-tiap
sembahyang fardhu,
nescaya rezkinya
dilapangkan oleh Tuhan
dan bertambah baik
keadaannya, serta
bercahaya rohaninya.
AYAT AL-KURSI
(Kekuasaan Allah)
Barangsiapa
membacanya sekali
selepas setiap
sembahyang fardhu,
nescaya terpelihara dari
tipudaya dan ganguan
syaitan. Dengan
membacanya, seorang
yang miskin akan
menjadi kaya, dan jika
dibaca ketika hendak
tidur nescaya akan
terselamat dari
kecurian, kebakaran dan
kekaraman. Barangsiapa
sentiasa membaca ayat
Al-Kursi, nescaya Allah
akan kurniakan kepada
ahli rumahnya
kebaikkan yang tidak
terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk
lalu membaca sekali,
nescaya Allah ! Akan
meninggikan darjatnya
setinggi 40 darjat dan
Allah akan
mendatangkan para
malaikat menurut
bilangan hurufnya, raya
berdoa untuk
sipembaca sehinggalah
ke hari Qiamat. Dan
tersebut se dalam
hadith yang
lain:Barangsiapa
membacanya ketika
hendak tidur, nescaya
Allah akan membuka
pintu rahmat baginya
hingga kesubuh, dan
mengurniakan
kota nur menurut
bilangan rambut
dibadannya. Jika
sipembacanya
meninggal dunia pada
malam itu, ia dikira mati
syahid. Hadith yang lain
mengatakan:Barangsiapamembacanya
selepas setiap
sembahyang fardhu,
nescaya akan
terpelihara dari
kekerasan malakul-
maut, dan Allah sendiri
yang mencabut rohnya,
dan dia akan
dibangkitkan bersama
para Mujahid yang
berjihad beserta para
Anbiya hingga ia gugur
mati Syahid. Imam
Jaafar Shadiq r.a.
mengatakan:
Barangsiapa membaca
sekali, nescaya Allah
akan menghindar
darinya 1,000 kesukaran
duniawi, yang terkecil
sekali ialah kemiskinan
dan kepapaan, dan
1,000 kesukaran
ukhrawi, yang terkecil
sekali ialah azab neraka.
SURAH AL-BAQARAH
(Sapi Betina)
Barangsiapa membaca
dua ayat terakhir dari
surah ini
(Amanarrasulu)
sebelum tidur, ia akan
terselamat dari segala
bala bencana dan mara
bahaya.
SURAH ALI-IMRAN
(Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca
tiga ayat yang pertama
dari surah ini, Nescaya ia
akan mencapai
kesihatan dari segala
penyakit dan
terselamat dari
gangguan jin.
SURAH AN-
NISSA’ (Perempuan)
Barangsiapa yang
membaca ayat yang ke
75 dari surah ini,
nescaya ia akan
terselamat dari
kejahatan para
penjahat.
SURAH AL-MAIDAH
(Hidangan)
Barang siapa membaca
ayat yang ke 7 dari
surah ini, sebanyak
yang mungkin selama 3
hari berturut -turut,
insya Allah akan
terselamat dari was-
was semasa wudhu
dan sembahyang.
Barang siapa membaca
ayat 89 hingga ayat 101
dari surah ini, keatas
air lalu diberi minum
kepada orang yang
bercakap dusta,
nescaya ia tidak akan
bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN’AM
(Binatang Ternak)
Barang siapa
membacanya sebanyak
7 kali, nescaya akan
terhindar dari segala
bala bencana. Jika ayat
63 dan 64 dari surah
ini,dibaca oleh
penumpang kapal, ia
akan terselamat dari
karam dan tenggelam.
SURAH AL-A’RAAF
(Benteng Tinggi)
Barang kali membaca
ayat 23 dari surah ini,
selepas tiap-tiap
sembahyang fardhu,
lalu beristighfar kepada
Allah, nescaya akan
terampun segala
dosanya. Barang siapa
membaca ayat 47 dari
surah ini, ia akan
terpelihara dari
kekacauan para
penzalim serta ia akan
mendapat rahmat Allah.
SURAH AL- ANFAL
(Rampasan)
Barang siapa membaca
ayat 62 dan 63 dari
surah ini, nescaya dia
akan di cintai dan
dihormati oleh sekalian
manusia.
SURAH AL-BARAAH
(AT-TAUBAH)
(Pemutus perhubungan)
Barangsiapa
membacanya, nescaya
akan terselamat dari
kemunafiqan dan akan
mencapai hakikat iman.
Barang siapa membaca
ayat 111 dari surah
ini,dikedai atau
ditempat-tempat
perniagaan, nescaya
akan maju
perniagaannya itu.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca
ayat 31dari surah ini,
keatas Perempuan yang
hamil, nescaya ia
melahirkan anak dalam
kandungannya itu
dengan
selamat.Barangsiapa
membaca ayat 64 dari
surah ini, nescaya ia
akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang
buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca,
nescaya ia akan
mendapat kekuatan
dan Kehebatan serta
ketenangan dan
ketenteraman jiwa.
Barang siapa membaca
ayat 56 dari surah ini,
pada setiap masa,
nescaya ia akan
terselamat dari
gangguan manusia yang
jahat dan binatang yang
liar. Barang siapa
membaca ayat 112 dari
surah ini, sebanyak 11
Kali selepas tiap-tiap
sembahyang, nescaya
akan mencapai
ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa
membacanya, akan di
murahkan rezekinya
dan diberikan kemuliaan
kepadanya. Barang
siapa membaca ayat 64
dari surah ini, ia akan
terhindar dari kepahitan
dan kesukaran
hidup.Barang siapa
membaca ayat 68 dari
surah ini, nescaya Allah
akan mengurniakan
kesalehan kepada anak-
anaknya.
SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca
ayat 13 dari surah ini, ia
akan terselamat dari
petir. Dan barangsiapa
membaca ayat 28 dari
surah ini, nescaya
Penyakit jantungnya
akan sembuh.
SURAH IBRAHIM
(Ibrahim)
Barang siapa membaca
ayat-ayat 32 hingga 34
dari surah ini, nescaya
anak-anaknya akan
terhindar dari
perbuatan-perbuatan
syirik dan bida ’ah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu
Gunung)
Barang siapa membaca
3 ayat yang terakhir
dari surah ini, ke atas
perempuan yang selalu
anak kandungannya
gugur, nescaya anak
kandungannya itu akan
terselamat, dari
gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL
(anak-anak Israil)
Barang siapa
membacanya ke atas
air, lalu diberi minum
kepada orang yang
bercakap gagap insya
Allah akan hilang
gagapnya itu. Barang
siapa membaca ayat 80
dari surah ini, ketika ia
pulang dari perjalanan,
nescaya dia akan
dimuliakan dan
dihormati oleh orang-
orang yang setempat
dengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa
membacanya, akan
terhindar dari
kemiskinan dan
kepapaan. Barang siapa
membacanya pada
malam Jumaat, nescaya
dia akan mendapat
rezeki yang murah.
SURAH MARYAM
(Maryam)
Barang siapa
membacanya, nescaya
akan mendapat
kejayaan di dunia dan di
akhirat.
SURAH THAAHAA (Hai
Manusia)
Barang siapa
membacanya, nescaya
Allah akan
mengurniakan
kepadanya ilmu
pengetahuan dan akan
tercapai segala
maksudnya. Barang
siapa membaca ayat-
ayat 25 hingga 28
sebanyak 21 kali, tiap-
tiap hari selepas
sembahyang subuh
nescaya otaknya akan
cerdas dan akalnya
akan sempurna.
SURAH AL ANBIYA
(Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca
ayat 83 dari surah ini,
nescaya dia akan
mendapat sebesar-
besar pangkat di sisi
Allah s.w.t .
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa
membacanya, Allah
akan membinasakan
musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU’MINUN
(Orang-orang Mukmin)
Barang siapa
membacanya ke atas
air, lalu diberi minum
kepada orang yang
selalu minum minuman
keras,nescaya dia tidak
akan meminumnya lagi.
Barang siapa membaca
ayat 28 dari surah ini,
nescaya perahunya
akan terselamat
daripada karam dan
rumahnya akan
terselamat dari kecurian
dan serangan musuh.
SURAH AN-NUUR
(Cahaya)
Barang siapa
membacanya, nescaya
ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang
buruk. Barang siapa
membaca ayat 35 dari
surah ini,pada hari
Jumaat sebelum
sembahyang Asar,
nescaya dia akan
disegani oleh orang
ramai.
SURAH AL-FURQAN
(Pembaca)
Barang siapa
membacanya sebanyak
3 kali ke atas air yang
bersih, lalu air itu
dipercikkan di dalam
rumah, nescaya rumah
itu akan terselamat dari
gangguan binatang-
binatang yang liar dan
ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A’RA
(Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca
ayat 130 dari surah ini,
sebanyak 7 kali dengan
senafas ke atas orang-
orang yang digigit oleh
binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan
hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML
(Semut)
Barang siapa
membacanya nescaya
nikmat-nikmat Allah
akan kekal kepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH
(Cerita)
Barang siapa
membacanya ke atas
pekerja-pekerjanya,
nescaya Mereka tidak
akan mencuri dan
mengkhianat. Barang
siapa membaca ayat-
ayat 51 hingga 55 dari
surah ini, Nescaya
otaknya akan cergas,
akalnya akan sempurna
dan budi pekertinya
akan halus.
SURAH AL-ANKABUT
(Labah-labah)
Barang siapa
membacanya, nescaya
demamnya akan
sembuh. Barang siapa
membacanya, nescaya
ia akan terhindar dari
gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa
membacanya, nescaya
Allah akan
membinasakan orang
yang hendak
menzaliminya.
SURAH LUQMAN
(Luqman)
Barang siapa
membacanya, nescaya
ia akan terhindar dari
segala-gala penyakit
terutama dari penyakit-
penyakit perut. Barang
siapa membaca ayat31
dari surah ini, nescaya
akan terselamat dari
bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH
(Sujud)
Barang siapa membaca
ayat-ayat 7 hingga 9
dari surah ini, ke atas
kanak-kanak yang baru
lahir, nescaya ia akan
terhindar dari segala-
gala penyakit ruhani dan
jasmani.
SURAH AL-AHZAB
(Golongan-golongan)
Barang siapa membaca
ayat-ayat 45 hingga 48
dari surah ini, nescaya ia
akan mendapat
kemuliaan dan
kehormatan sejati. Dan
barang siapa membaca
ayat-ayat 60 hingga 66
dari surah ini, nescaya
Allah akan
membinasakan musuh-
musuhnya.
SURAH
SABA ‘ (
Saba‘)
Dengan membacanya,
terselamatlah ia dari
segala-gala bala
bencana, terutamanya
dari rosaknya tanam-
tanaman.
SURAH FAATHIR
(Pencipta)
Barang siapa membaca
ayat-ayat 29 dan 30,
nescaya Allah Akan
memberkati
perniagaannya.
SURAH YAASIIN (Hai
Manusia)
Nabi kita Muhammad
s.a.w bersabda : “Tiap-
tiap sesuatu
Mempunyai hati dan hati
Al-Quran ialah surah
Yaasiin.” Yaasiin kerana
Allah, nescaya akan
terampun segala-gala
dosanya kecuali dosa
syirik..” Dalam satu
hadith yang lain Baginda
s.a.w bersabda:
“Hendaklah kamu
membaca surah Yaasiin
ke atas pesakit-
pesakitmu yang
menghadapi sakaratul-
maut, nescaya Allah
s.w.t akan meringankan
kekerasan sakaratul-
maut itu.” Dalam satu
hadith yang lain pula
Baginda s.a.w bersabda :
“ Aku ingin benar, agar
surah Yaasiin ini dihafaz
oleh tiap-tiap umatku.”
Barang siapa
membacanya sebanyak
41 kali, pasti akan
tercapai segala hajat
dan cita-citanya. Barang
siapa membacanya
sebanyak 21 kali pada
malam Jumaat, Lalu
berdoa istghfar untuk
kedua ibu bapanya,
nescaya dosa kedua ibu
bapanya akan
diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca
sekali ketika membuka
kedai atau perniagaan,
nescaya akan maju
perniagaannya itu.
Barang siapa
membacanya sekali
pada awal malam,
andaikata ia mati pada
malam itu, mesti ia
mati syahid. Barang
siapa membacanya
sekali selepas tiap-tiap
sembahyang
Jumaat,nescaya ia akan
diselamatkan dari siksa
kubur. Jika dibacanya
oleh seorang askar,
ketika ia hendak turun
kemedan peperangan,
Allah akan
mengurniakan
kepadanya keberanian
dan kegagahan, serta
naiklah ketakutan pada
musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan
khasiat-khasiat surah
Yaasiin ini banyak benar
di! dapati di dalam kitab-
kitab hadith tetapi
cukuplah setakat ini
untuk diamal oleh anda
sekalian.
SURAH ASH-
SHAAFFAAT (Yang
Berbaris)
Barang siapa
membacanya, insya
Allah in akan terpelihara
daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat
42 dari surah ini,
nescaya akan
mendapat kebahagian
sejati.”Berdoalah
kepadaKu, nanti Aku
perkenankan
permintaanmu.
Sesungguhnya orang-
orang yang
menyombongkan dirinya
dari menyembah Aku,
mereka akan masuk
neraka jahannam
dengan hina.”
[Al-Mukmin: 60]
Home » KHASIAT AYAT AL'QURAN » HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT AL'QURAN AL'KARIM

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar